Jangan biar kenderaan tersadai dalam tempoh PKP

Pengguna disaran memelihara kenderaan dan menggunakan penutup kenderaan untuk melindunginya daripada cahaya matahari serta hujan.
Pengguna disaran memelihara kenderaan dan menggunakan penutup kenderaan untuk melindunginya daripada cahaya matahari serta hujan.
A
A
A

METER minyak kenderaan milik warganegara yang patuh kepada undang-undang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti tidak berganjak dan kenderaannya tersadai di kawasan rumah atau ruang tempat letak kereta.

Ketua Motor Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Jimmy Tan berkata, sesebuah kenderaan yang dibiarkan dalam tempoh masa agak lama mampu mengalami kerosakan.

Berkongsi beberapa tips kepada isi rumah yang memiliki lebih daripada sebuah kenderaan untuk menghadapi tempoh PKP, beliau mencadangkan agar ketua rumah memandu kenderaan mereka secara bergilir-gilir apabila keluar membeli barangan rumah.

“Kenderaan yang dipandu dalam jarak dekat seminggu sekali boleh menjaga enjin dan membantu mengecas semula bateri.

"Sebelum memandu, pastikan anda menekan minyak dengan perlahan dan bina kelajuan dengan perlahan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, pemilik perlu mengisi angin pada tayar bagi mengelak kenderaan menjadi perlahan ketika dipandu.

“Ini kerana perubahan suhu boleh mengurangkan tekanan dalam tayar anda.

“Sentiasa amalkan kebersihan diri yang baik semasa berada di stesen. Bawa pembersih tangan dan gunakan sebelum anda masuk ke dalam kenderaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jimmy Tan
Jimmy Tan

Jimmy berkata, pemandu perlu mengambil peluang itu untuk membersihkan kenderaan dengan mengelap bahagian dalamnya dan mengeluarkan semua barangan yang tidak diperlukan.

Katanya, jika tinggal di rumah atas tanah, pemilik boleh membasuh kenderaan dalam kawasan rumah dan ia boleh dikira sebagai senaman.

“Jika ada masa terluang, anda juga boleh menggilap kenderaan untuk melindungi permukaannya.

“Pelihara kenderaan dan guna penutup kenderaan untuk melindunginya daripada cahaya matahari serta hujan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemilik kenderaan supaya memperbaharui insurans motor dan memeriksa tarikh luput cukai jalan.

Katanya, jika perlu diperbaharui dalam tempoh terdekat, pemilik boleh menghubungi ejen atau penanggung insurans untuk memperbaharui polisi motor.

Bermula dari 10 April hingga 10 Mei ini, Allianz General menawarkan pengurangan sementara harga premium insurans motor (untuk Kereta Persendirian Komprehensif dan Kebakaran dan Kecurian Pihak Ketiga; Motosikal Komprehensif termasuk Motorcycle Plus dan Permit Kenderaan Membawa Barang A dan C, Komprehensif untuk kenderaan berusia satu hingga lima tahun) serta Motor Road Warrior secara percuma kepada pemegang polisi Kereta Persendirian Komprehensif.