Mujahid selar kenyataannya disensasikan

9
9
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyelar tindakan individu yang mensensasikan kenyataannya berhubung isu lambang salib sebuah bangunan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kenyataannya ketika menjawab soalan wartawan hanya diambil sebahagian dan bukannya secara menyeluruh.

"Saya mendapat screenshot ini. Ternyata ini adalah fitnah terhadap kenyataan asal saya menjawab persoalan wartawan semalam.

"Saya menegaskan semalam bahawa pihak saya masih belum mendapat laporan mengenai kes ini," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Mujahid menegaskan, sikap suka mengambil kenyataan sekerat dan sensasikan adalah amat tidak bertanggungjawab.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu salib: Mujahid perlu tegas, tidak terlalu defensif]

Semalam, Mujahid berkata beliau belum menerima laporan rasmi berhubung isu paparan lambang salib di Grace Residence, Jelutong, Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau sudah berhubung dengan pihak Mufti Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung perkara itu dan berharap ia akan diterima secepat mungkin.

Artikel Berkaitan:

Katanya, isu paparan salib berkenaan perlu diteliti sama ada ia dilakukan dengan niat untuk menimbulkan keresahan dan sensitiviti agama atau hanya sekadar struktur saja.