X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: KKM uji 573 sampel penduduk Masjid India

Laluan jejantas yang menghubungkan ke Selangor Mansion, Malayan Mansion dan Jalan Masjid India lengang ketika tinjauan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok susulan peningkatan kes COVID-19 di lokasi itu.- Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguji 573 sampel yang diambil daripada penduduk Masjid India Kuala Lumpur susulan bermula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua sampel tersebut masih menunggu keputusan.

"Setakat ini tiada kes positif dilaporkan di kawasan berkenaan namun kita membuat keputusan memulakan tindakan dengan melakukan pengesanan aktif di sana," katanya.

Menurutnya, KKM memerlukan beberapa hari bagi menyaring kesemua penduduk berkenaan.

"Apa yang penting kita akan saring penduduk seperti yang dilakukan di PKPD sebelum ini," katanya.

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan PKPD dikenakan ke atas kawasan tersebut selama 14 hari.

Masjid India merupakan lokasi ke lima dikenakan perintah tersebut selepas Kampung Dato'Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato'Ibrahim Majid Simpang Renggam, Sungai Lui Hulu Langat, Menara City One, Selangor Mansion dan Malayan Mansion.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!