X

Kindly register in order to view this article
!

E-Bazar langkah terbaik elak perhimpunan pelanggan

Noor Hisham - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - E- Bazar merupakan langkah terbaik mengelakkan perhimpunan pelanggan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian meningkat sehingga 70 peratus.

"Bazar Ramadan bukan masalah. Isunya ialah kehadiran ramai pelanggan ke gerai jualan," katanya.

Menurutnya, peniaga perlu mengambil pendekatan lain daripada kebiasaannya dengan menggunakan kecanggihan teknologi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan bincang cadangan e-bazar Ramadan, hari ini

PKP: Semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan

"Kaedah e-bazar dilihat lebih terkawal dengan menghantar makanan ke rumah," katanya.

Semalam, Perlis memberi kebenaran kepada peniaga untuk membuka gerai jualan di tepi rumah sempena Ramadan dengan mengenakan dua syarat iaitu makanan dibungkus dan dan dibawa pulang atau menggunakan perkhidmatan penghantaran.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan tahun ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!