ASEAN perlu wujudkan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini berhubingan cadangan agar ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19.
Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini berhubingan cadangan agar ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini mencadangkan ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19 yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kewangan bahkan jaringan keselamatan sosial, jaminan makanan dan pendidikan kepada 600 juta penduduk rantau ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, cadangan itu disuarakan pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN Mengenai Covid-19 dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dengan disertai ketua kerajaan 10 anggota pertubuhan serantau menerusi persidangan video.

Menurutnya, Malaysia juga meminta supaya Pelan Pemulihan Ekonomi ASEAN perlu mengandungi langkah-langkah untuk menjamin rangkaian bekalan kepada 600 juta penduduk serantau.

"Ini termasuk memastikan kelancaran aliran bekalan untuk perubatan, makanan dan barang keperluan di samping prasarana kritikal untuk laluan perdagangan melalui udara, darat dan laut.

"Malaysia menekankan bahawa ada hikmah di sebalik setiap krisis. Semua negara menghadapi masalah yang sama dan semua negara anggota ASEAN perlu bekerjasama bagi memastikan tidak ada siapa yang tercicir," kata kenyataan itu.

Katanya, ASEAN juga perlu mengelak daripada mengenakan sebarang sekatan tidak perlu yang boleh menghalang kelancaran bekalan perubatan, makanan dan barang keperluan.

"Malaysia menyeru negara anggota ASEAN agar meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi landskap baharu di rantau ini.

"ASEAN tidak boleh dibiarkan kembali ke zon selesa sebaliknya membangunkan rantau Asia Tenggara sebagai pusat pertumbuhan dan kuasa baharu, bukan hanya untuk 600 juta penduduknya bahkan untuk seluruh dunia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, Malaysia juga menyokong pewujudan Dana Khas Covid-19 ASEAN (Covid-19 ASEAN Response Fund) untuk meningkatkan skala stok kecemasan sedia ada bagi menghadapi kemungkinan wabak pada masa depan.

Kata kenyataan itu, ASEAN perlu terus membangunkan rizab bekalan perubatan serantau selain menggunakan rizab gudang simpanan sedia ada yang relevan bagi membantu keperluan negara anggota ketika kecemasan kesihatan.

"Pelbagai mekanisme dan struktur ASEAN yang diterajui oleh Malaysia seperti Pusat Rangkaian Operasi Kecemasan ASEAN bagi Kecemasan Kesihatan Awam.

(ASEAN EOC Network) dan Pusat Penilaian Risiko dan Komunikasi ASEAN (ARARC) telah terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dalam mencari penyelesaian krisis.

"Malaysia sentiasa bersedia untuk memerangi pandemik ini bersama-sama anggota ASEAN yang lain," katanya.