Wajar kenakan saman, pemimpin keluar parti

Md Sohaimi & Mustafa Kamal (kanan)
Md Sohaimi & Mustafa Kamal (kanan)
A
A
A

KUANTAN - Tindakan Umno mengenakan tindakan saman terhadap Ahli Parlimen adalah langkah tepat dan wajar.

Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota,Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, ini salah satu cara untuk mengajar pemimpin yang keluar daripada parti terbabit.

Menurutnya, mereka sepatutnya menghargai sokongan jentera dalam Umno yang membantu mereka sehingga menang dalam PRU14 lalu.

“Kena ingat Umno dan BN banyak bantu mereka untuk menang... mengapa apabila sudah menang parti ditinggalkan seperti tidak hargai langsung pengorbanan jentera yang bertungkus lumus.

“Tidak semestinya walaupun ada masalah dengan parti kita kena keluar parti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Umno sah saman dua bekas MP ]

Semalam, Umno mengesahkan telah menghantar notis tuntutan saman kepada dua bekas Ahli Parlimennya yang keluar parti.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, saman diberikan kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihak peguam telah menghantar writ saman kepada mereka.

Mas Ermieyati dan Noor Azmi merupakan antara Ahli Parlimen BN yang meninggalkan parti dan menjadi calon Bebas sebelum menyertai Parti Bersatu.

Menyentuh perkara itu, Mustaffar Kamal berkata, pemimpin yang melompat parti seharusnya meletakkan jawatan.

“Mereka menang atas tiket BN, jadi letak jawatan biar rakyat memilih semula,” katanya.

Sementara itu, Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah juga bersetuju dengan tindakan menyaman wakil rakyat yang keluar parti.

Menurutnya, langkah itu akan memberi pengajaran kepada ahli Umno atau BN untuk tidak bertindak sedemikian.

“Saya sokong tindakan ini,” katanya.

Beliau juga meminta agar pemimpin yang melompat parti ‘gentleman', untuk melepaskan kerusi yang dimenangi dalam PRU14.

Jelasnya, menerusi kaedah itu sahaja, rakyat boleh memilih semula pemimpin untuk menjadi wakil rakyat kawasan mereka.

Enam Ahli Parlimen yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas itu meninggalkan Umno pada 14 Disember lalu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Seri Ikmal Hisham (Tanah Merah) dan Datuk Mohamad Fasiah (Sabak Bernam).