X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

MPKL pulangkan wang permit bazar Ramadan

MPKL akan memulangkan semula wang bayaran permit perniagaan semua bazar Ramadan di bawah seliaan mereka susulan pengumuman kerajaan Selangor membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini.
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan memulangkan semula wang bayaran permit perniagaan semua bazar Ramadan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, langkah itu dibuat susulan pengumuman kerajaan Selangor yang membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, bagi tujuan itu, peniaga perlu melengkapkan butiran maklumat diperlukan untuk proses selanjutnya.

"Peniaga perlu mengisi butiran mereka melalui pautan https://forms.gle/RUQ7fwBfxb5QJ4Mg6 untuk proses selanjutnya.

"Antara dokumen diperlukan adalah maklumat peniaga, alamat, lokasi bazar, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nombor lesen perniagaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan turut mengumumkan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga sehingga 28 April dalam usaha bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Mohamad Zain berkata, permohonan itu juga akan dibuka bermula esok (15 April) dan tiada tarikh tutup ditetapkan.

"Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Jabatan Pelesenan MPKL melalui talian 03-31872825/116/150," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!