X

Kindly register in order to view this article
!

Kes kematian ke-77 tidak sertai perhimpunan di Seri Petaling

Dr Noor Hisham bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah malam ini memaklumkan terdapat ralat mengenai kes kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) akibat koronavirus (Covid-19) seperti diumumkannya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini wabak itu di Putrajaya, petang tadi

Dr Noor Hisham dalam hantaran terbaharu di laman Facebook beliau berkata, kes pesakit ke-2,797 itu bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.

“Merujuk kepada sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 5.30 petang 13 April 2020 adalah dimaklumkan bahawa berlaku sedikit ralat. Kes kematian ke-77 (kes ke-2,797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703).

“Ini bermakna kes ke-2,797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling. KKM (Kementerian Kesihatan) mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada ahli keluarga arwah,” katanya.

Terdahulu pada sidang akhbar petang tadi, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!