Filipina atasi Malaysia kes terbanyak di Asia Tenggara

Rakyat Filipina sedang membeli topeng penutup muka. -Foto AFP
Rakyat Filipina sedang membeli topeng penutup muka. -Foto AFP
A
A
A

MANILA - Filipina mengatasi Malaysia sebagai negara paling banyak merekodkan kes jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) di Asia Tenggara.

Berdasarkan data dikeluarkan Johns Hopkins University setakat jam 6.30 petang semalam, Filipina mencatatkan jumlah jangkitan wabak itu sebanyak 4,932 kes berbanding Malaysia yang merekodkan 4,817 kes.

Mengekori rapat Filipina yang berada di kedudukan ke-35 dunia dan Malaysia di tangga ke-34 dunia ketika ini ialah Indonesia yang mencatatkan sebanyak 4,241 kes.

Berbeza pada peringkat awal penularan wabak Covid-19 yang mula dikesan di Wuhan, China, statistik pada 18 Mac lalu menunjukkan jumlah jangkitan atau kes positif virus di Malaysia adalah 790 kes berbanding Filipina pada tarikh sama hanya mencatatkan sebanyak 202 kes.

Meskipun pada peringkat permulaan Malaysia dilihat jauh meninggalkan Filipina bagi jumlah mereka yang dikesan dijangkiti wabak itu tetapi setakat semalam, jumlah kematian hanya melibatkan 77 orang berbanding Filipina yang telah mencecah 315 bagi angka kematian berkaitan Covid-19 di negara itu.

Artikel Berkaitan: