KKM pergiat pengesanan di zon merah

Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiatkan tindakan dan aktiviti pengesanan jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah bagi mengekang virus tersebut dalam komuniti di kawasan itu.
Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiatkan tindakan dan aktiviti pengesanan jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah bagi mengekang virus tersebut dalam komuniti di kawasan itu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiatkan tindakan dan aktiviti pengesanan jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah bagi mengekang virus tersebut dalam komuniti di kawasan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, komuniti di zon berkenaan perlu mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di rumah dan mengurangkan pergerakan.

"Ia bukan sekadar mesej mudah tetapi juga apa yang perlu dilakukan oleh rakyat.

"Sekurang-kurangnya duduk rumah, amalkan kebersihan dan jarakkan selamat untuk mudahkan tindakan KKM berhasil mengesan kes positif di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM mengaktifkan langkah mengesan, menguji dan mengasing secara padu komuniti di kawasan zon merah bagi membantu mengawal perebakan virus Covid-19 seterusnya menyumbang kepada peratus kematian yang rendah di negara ini.

Sehingga hari ini, zon merah Covid-19 masih kekal 26 daerah, dengan Lembah Pantai merekodkan peningkatan jumlah kes positif yang hampir mencecah 500 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM menerima hampir 2,500 panggilan dan lebih 1,200 WhatsApp melalui perkhidmatan tele-kaunseling dan e-kaunseling sejak 28 Mac lepas hingga hari ini.

Beliau berkata, tiga isu utama yang diutarakan oleh mereka yang menghubungi talian itu ialah untuk mendapatkan sokongan emosi, bantuan dan sumbangan serta maklumat lanjut Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Secara kumulatif sejak 28 Mac hingga 12 April kita menerima 2,309 panggilan dan 252 WhatsApp.

"Setakat ini pada jam 4.30 petang, tambahan 150 panggilan dan lebih 1,000 mesej WhatsApp telah kita terima," katanya.

Talian tele-kaunseling dan e-kaunseling melalui Talian Sokongan Psikososial Covid-19 diwujudkan bagi memberi sokongan emosi kepada rakyat Malaysia sepanjang PKP, yang merupakan kerjasama KKM dengan Sukarelawan Mercy Malaysia. - Bernama