Covid-19: Jangkaan JP Morgan meleset

Dr Noor Hisham bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jangkaan agensi penyelidikan JP Morgan bahawa angka positif koronavirus (Covid-19) di negara ini mengunjur meningkat pada pertengahan April ini ternyata meleset.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini jumlah terkini pesakit positif wabak itu hanya 4,817 kes sahaja berbanding ramalan agensi berkenaan iaitu sebanyak 6,000 kes.

"Kes di negara ini berada di bawah paras 5,000 kes. Ini membuktikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua boleh mencatatkan kurang daripada sasaran itu," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, negara meletakkan fasa pemulihan pada PKP ketiga bermula esok hingga 28 April ini.

"Minggu 13 (sejak dilanda Covid-19 akhir Januari lalu) kita dalam fasa pemulihan, namun kerajaan masih melakukan pemantauan memandang belum ada penurunan kes.

"Minggu ketiga ini sangat penting kerana kalau boleh kita mahu kurangkan kes, bukan sekadar melandaikan lengkukan, namun juga perlu tamatkan kewujudan Covid-19 di negara ini," katanya.

Pada 25 Mac lalu, JP Morgan menjangkakan Malaysia berhadapan dengan peningkatan sehingga 6,300 kes positif berikutan

strategi pengesanan negara ini yang agresif dengan menggunakan kaedah ‘ujian setiap juta kapita’ mendahului negara ASEAN dan beberapa negara Eropah.

Artikel Berkaitan: