PRK Dun Semenyih: Pas belum sedia letak calon

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU – Pas masih belum membincangkan keputusan sama ada mahu meletakkan calon di PRK Semenyih, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, keputusan untuk bertanding atau tidak di kerusi tersebut perlu dibincangkan dalam satu mesyuarat melalui Jawatankuasa Politik yang ditubuhkan.

“Buat masa sekarang ini kita masih belum bincang lagi, sama ada nak bertanding atau tidak. Cuma kita biasanya akan tengok dulu macam mana, sebelum ini kalau BN letak calon, maka kita tidak letak calon. Tapi kali ini kita belum tentukan lagi.

“Politik ini dinamik. Biasanya kita ada mesyuarat bulanan, dan kita akan bincang serta putuskan jawapan. Buat masa sekarang ini kita masih belum bincang,” katanya kepada media di sini.

Artikel Berkaitan: