8,647 individu ditahan sepanjang PKP, 3,105 dikompaun

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 8,647 individu ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,105 individu dikenakan kompaun.

Menurutnya, kesemua individu yang ingkar itu ditahan dalam sekatan jalan raya dan rondaan yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

“Semalam PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 784 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 358,593 kenderaan.

“Selain itu, sebanyak 35,825 pemeriksaan mengejut telah diadakan dengan sebanyak 5,275 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Semalam juga, PDRM telah menahan 1,471 individu kerana ingkar PKP merangkumi 949 individu dikenakan kompaun RM1,000, manakala sebanyak 503 individu direman dan 19 individu di jamin polis,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai peningkatan jumlah individu yang ditahan kerana ingkar PKP semalam, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, ini kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas.

“Seperti yang saya katakan, tindakan polis ketika ini adalah semakin tegas,” katanya.

Artikel Berkaitan: