Rindu kawan, didenda RM1,000

Tertuduh, Mohammad Rafique mengaku salah ingkar PKP kerana hendak ke rumah kawan sebelum didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Mohammad Rafique mengaku salah ingkar PKP kerana hendak ke rumah kawan sebelum didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga Myanmar didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 11 April lalu.

Tertuduh, Mohammad Rafique Elias, 22, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bergerak dari satu tempat yang lain iaitu Kampung Panji Alam, di sini ke suatu tempat yang lain iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang, di sini, jam 11 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Artikel Berkaitan: