Laluan keluar masuk Malayan, Selangor Mansion ditutup sepenuhnya

Laluan masuk ke Jalan Masjid India ditutup dari 500 meter ke lokasi Selangor dan Malayan Mansion hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Laluan masuk ke Jalan Masjid India ditutup dari 500 meter ke lokasi Selangor dan Malayan Mansion hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Semua laluan keluar masuk ke Malayan dan Selangor Mansion ditutup sepenuhnya hari ini.

Hanya petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) dibenarkan masuk untuk proses semburan nyah kuman di kawasan sekitar.

Keadaan di kawasan seperti Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Masjid India juga kelihatan agak lengang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Malaysia Malaysia (ATM) berkawal di setiap lorong dalam radius 500 meter ke kedua-dua tempat berkenaan.

Laluan masuk ke Jalan Masjid India ditutup dari 500 meter ke lokasi Selangor dan Malayan Mansion hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Laluan masuk ke Jalan Masjid India ditutup dari 500 meter ke lokasi Selangor dan Malayan Mansion hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Petugas media juga tidak dibenarkan mendekati kawasan itu sejak awal pagi.

Penghantar makanan pula perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat penghantaran.

Pada 7 April lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan dua bangunan tersebut membabitkan 1,850 penghuni terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Artikel Berkaitan:

PKPD dibuat selepas kebanyakan penghuni di kawasan berkenaan dikesan positif Covid-19.

Selain Malayan dan Selangor Mansion, empat kawasan lain dikuatkuasa PKPD antaranya Simpang Renggam Kluang, Sungai Lui Hulu Langat, Menara Plaza City One Jalan Munshi Abdullah.