X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Covid-19: Hulu Langat terus catat pertambahan kes

Jumlah kes positif Covid-19 yang direkod mengikut mukim dan daerah di Selangor sehingga jam 12 tengah hari semalam. Infografik: JKNS
A
A

SHAH ALAM – Daerah Hulu Langat terus mencatat pertambahan kes yang menyumbang kepada peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) di Selangor.

Berdasarkan info grafik Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), sebanyak 26 lagi kes baharu dilaporkan di Hulu Langat sehingga jam 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 408 kes.

Petaling turut mencatat kenaikan dengan 13 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 346 kes dalam tempoh sama.

Daerah Klang pula mencatat dua kes baharu (kini 164 kes); Gombak tiga kes baharu (kini 132 kes); Sepang bertambah dua kes baharu (kini 66 kes) manakala Hulu Selangor tiada pertambahan kes baharu dan kekal 45 kes sejak kelmarin.

Daerah Sabak Bernam pula mencatat kenaikan empat kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 18 kes sehingga semalam dan Kuala Selangor bertambah dua kes menjadikan jumlahnya 32 kes manakala Kuala Langat pula kekal 25 kes sejak kelmarin.

Kes terkumpul positif Covid-19 di Selangor kini 1,236 kes dengan 10 kematian dilaporkan.

Seramai 1,021 pesakit dilapor sembuh manakala 24 lagi sedang dirawatdi Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sehingga semalam, enam daerah ditakrif zon merah Covid-19 di Selangor termasuk Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak, Sepang dan Hulu Selangor.

Dua daerah ditakrif sebagai zon jingga iaitu Kuala Selangor dan Kuala Langat manakala Sabak Bernam kekal sebagai zon kuning.

Sehingga kini mukim yang masih dilabel zon hijau di Selangor termasuk, Hulu Semenyih di daerah Hulu Langat; Sungai Tinggi, Sungai Gumut, Rasa, Pertak, Kalumpang, Kerling, Buluh Telur di daerah Hulu Selangor; Morib, Kelanang, Jugra, Batu, Bandar di daerah Kuala Langat dan Pasir Panjang di daerah Sabak Bernam.

Hujung Permatang, Hulu Tinggi, Api-api dan Pasangan di daerah Kuala Selangor turut ditakrif sebagai zon hijau berikutan sehingga kini sifar kes direkod di kawasan itu.

Dalam pada itu Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Facebook rasminya menasihatkan penduduk negeri ini supaya terus bertahan dan patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

“Kawasan zon merah Selangor masih kekal enam sehingga ke hari ini. Jangan leka, sentiasa patuh PKP dan hanya keluar jika perlu. Bersabar dan bertahan, kita semua mahu yang terbaik.

“Buat masa ini, jom jadikan kawasan anda lebih selamat,” menurut kenyataan dimuat naik dalam Facebook STFC hari ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!