X

Kindly register in order to view this article
!

12 bekas pesakit derma plasma darah untuk kajian

Kajian rawatan Covid-19 menggunakan plasma darah masih di peringakt awal. - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 12 pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan koronavirus (Covid-19) tampil menderma plasma darah bagi digunakan dalam kajian rawatan pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebelum Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil darah mereka, bekas pesakit Covid-19 itu diberi kaunseling dan perlu menjalani ujian jangkitan kuman.

“Setelah diberi kaunseling, KKM akan rujuk mereka ke Pusat Darah Negara untuk diambil darah bagi melaksanakan kajian rawatan Covid-19 menggunakan plasma darah,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas mengenai perkembangan rawatan Covid-19 menggunakan plasma darah pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan.

Kata beliau, kajian mengenai rawatan itu masih di peringkat awal dan KKM perlu melihat terlebih dahulu keberkesanan rawatan berkenaan.

“Mungkin kajian akan memakan masa sebelum KKM dapat satu bukti kukuh untuk digunakan. Apa yang KKM gunakan adalah plasma dengan melihat kandungan antibodi dan sebagainya,” katanya lagi. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus