Serangan di Nairobi, ramai mangsa masih terperangkap dalam bangunan

Pasukan keselamatan membantu orang awam ke kawasan selamat.
Pasukan keselamatan membantu orang awam ke kawasan selamat.
A
A
A

NAIROBI - KENYA. Bunyi tembakan masih kedengaran di sekitar kompleks mewah di 14 Riverside Drive, kira-kira sebelas jam selepas serangan militan Al-Shabaab yang menyasarkan sebuah hotel dan pejabat kerajaan di kawasan itu, semalam.

Situasi itu sekali gus menunjukkan pihak berkuasa masih gagal mengawal keadaan.

Serangan mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 individu maut.

Maklumat awal mengatakan 11 yang terbunuh adalah rakyat tempatan, manakala masing-masing satu rakyat Amerika Syarikat dan Britain.

Identiti dua lagi mangsa masih gagal dikenal pasti.

Kumpulan militan Somalia, Al-Shabaab, didakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Sementara itu, saksi dan pengawal keselamatan berkata, beberapa mangsa yang cedera masih terperangkap di dalam bangunan terbabit.

Menurut anggota kecemasan, kebanyakan daripada mereka memerlukan bantuan perubatan. - Reuters

Artikel Berkaitan: