Bekas Hakim Mahkamah Rayuan meninggal dunia

Karam Chand Vohrah
Karam Chand Vohrah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Karam Chand Vohrah meninggal dunia, awal pagi tadi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai KC Vohrah meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat penyakit berpanjangan.

Mendiang meninggalkan seorang isteri, Datin Beatrix Vohrah, dua anak dan empat cucu.

Beliau yang lantang menyuarakan sebarang pendapat terkenal pada tahun 1990-an antaranya menjadi sebahagian daripada pasukan bagi kes Ayer Molek Rubber Company dan Insas Bhd.

Ketika itu, beliau menjadi Hakim Mahkamah Tinggi kemudian beralih ke Mahkamah Rayuan yang termasuk Datuk NH Chan dan Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Terbaharu, Vohrah merupakan ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Vohrah yang bersara dari bidang perundangan pada tahun 2002 menjadi perunding di Lee Hishammuddin Allen dan Gledhill kemudian dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sehingga 2008.

Selain aktif dalam dunia kehakiman, anak kelahiran Melaka ini pernah menulis buku antaranya KC Vohrah: Mencari Legasi dalam Undang-Undang.

Artikel Berkaitan:

Barisan peguam dan hakim seluruh negara turut menyampaikan salam takziah buat keluarga mendiang.