X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu tunggal panjat 60 pokok pinang sehari

Siti Hajar akan memanjat 60 pokok pinang sehari yang menjadi sumber pendapatan keluarganya. - Foto Kompas
A
A

ACHEH - Seorang wanita di sini mengambil upah memanjat pokok pinang yang menjadi sumber pendapatannya selama hampir 20 tahun.

Siti Hajar, 35, yang berasal dari Acheh, berbasikal sejauh 26 kilometer dari rumahnya atau sekitar satu jam perjalanan menuju pedalaman Kampung Paloh Mampree bagi mencari pemilik pokok pinang yang mahu menggunakan khidmatnya.

Tanpa rasa takut, ibu tunggal ini mampu memanjat sekurang-kurangnya 60 pokok pinang sehari demi mencari rezeki buat keluarga, lapor Kompas.

"Saya terpaksa bertahan dengan kerja memanjat pokok pinang walaupun tahu risiko kerana hanya ini kerja yang saya boleh buat sejak zaman remaja lagi.

“Walaupun ramai menasihatkan supaya cari kerja lain namun saya tiada pilihan kerana inilah sumber rezeki saya sekeluarga," katanya.

Katanya, dia akan memanjat pokok pinang setinggi lapan sehingga 12 meter setiap hari.

"Dalam satu hari, saya mampu memanjat sebanyak 60 batang pokok pinang dengan upah Rp2.000 (50sen) sepokok.

"Biasanya orang akan hubungi saya bila mereka mahukan buah pinang. Dari hasil buah itu, ada yang membeli dan duit itu akan dijadikan upah," katanya.

Siti Hajar berkata, dia kini perlu menyara dua orang anaknya masih bersekolah.

"Selain itu, ibu dan abang saya juga tinggal bersama. Wang upah memanjat pokok pinang, dapatlah membeli kopi, beras, ikan dan wang sekolah anak-anak," katanya.

Selain memanjat pokok pinang, dia turut bekerja di sawah atau mengambil upah petik sayur di kebun orang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!