Kelantan belum putuskan tarif air

Mohd Amar
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan masih menunggu semakan Air Kelantan Sdn Bhd berhubung keperluan kenaikan tarif air di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, buat masa ini, tiada cadangan lagi diterima untuk kenaikan tersebut memandangkan ia masih dalam proses perbincangan.

“Hari ini kita cuma mendengar taklimat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang mana memberikan penjelasan kepada kita tentang cadangan mereka untuk melihat semula tarif air dan keperluan untuk dibuat penyelarasan seluruh negara,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia