Tiada pesakit pulih Covid-19 kembali positif di negara ini

Dr Noor Hisham mendengar pertanyaan pemberita pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham mendengar pertanyaan pemberita pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada pesakit yang diisytiharkan telah pulih pandemik koronavirus (Covid-19) kembali positif wabak itu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan ujian yang dilakukan ke atas beberapa pesakit mendapati hanya mengalami 'weak' positif.

"Jadi kita dah kesan 'weak' positif (ke atas beberapa pesakit) dan kita bandingkan lebih kurang iaitu yang sangat-sangat lemah positif atau kita katakan virus 'shading'.

"Jadi mungkin ada kala boleh seolah-olah bagi kesan positif tetapi 'weak' positif sehingga negatif," katanya pada sidang akhbar di KKM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat pesakit yang diisytiharkan telah pulih pandemik Covid-19 kembali positif wabak itu di negara ini.

Ini kerana, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Korea Selatan mengesahkan terdapat kira-kira 51 pesakit yang diisytiharkan telah pulih Covid-19 kembali positif virus tersebut.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, bagaimanapun mengakui ada kebarangkalian pesakit yang diisytiharkan telah pulih Covid-19 kembali positif tetapi jumlahnya tidak banyak.

"Keberangkalian mereka boleh dijangkiti semula tetapi kurang," katanya.

Artikel Berkaitan: