Pemadam rayu AADK agih peruntukan program NGO

Mohd Suhaimi
Mohd Suhaimi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kebangsaan merayu agar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menggunakan peruntukan program badan bukan kerajaan (NGO) untuk agihan kegunaan dalam tempoh krisis wabak Covid-19.

Timbalan Yang Dipertua Pemadam, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, terdapat kira-kira 30 NGO yang terlibat dalam usaha pemulihan penagihan dadah amat memerlukan dana sokongan ketika ini.

Menurutnya, AADK wajar menyalurkan peruntukan tersebut kerana secara logiknya tiada aktiviti atau program keramaian yang boleh dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang selari dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memerangi penularan virus Covid-19.

"Ramai NGO terlibat dengan pesakit dadah mempunyai kewangan yang terhad. Dulu banyak syarikat yang menyalurkan bantuan untuk mereka gunakan beli ubat-ubatan alternatif, kursus dan juga makanan dalam pusat rehabilitasi yang dikelola mereka.

"Mereka memerlukan bantuan kewangan. Saya sendiri lihat ada yang terpaksa ikat perut. Saya merayu kepada AADK supaya menggunakan peruntukan yang disebut dalam pembentangan belanjawan yang lepas iaitu RM15 juta diberikan kepada AADK untuk kegunaan NGO.

"Tolong gunakan duit ini untuk beri kepada mereka (NGO). Jangan simpan kerana kita dah tak boleh anjurkan program kerana aktiviti kita semua sudah tersekat dengan wabak Covid-19 ini," katanya ditemui di Ibu Pejabat Pemadam di sini semalam.

Dalam masa sama, beliau berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi waktu tekanan bagi penagih di mana 'kerinduan' mereka terhadap dadah akan meningkat kerana tidak mendapat bekalan.

Artikel Berkaitan: