Harga tak sama dengan resit

Seorang pelanggan di premis makanan itu menunjukkan harga berbeza pada resit yang diterima berbanding yang dipaparkan dalam buku menu kepada Azeem di Jalan Hang Tuah, di sini, tadi.
Seorang pelanggan di premis makanan itu menunjukkan harga berbeza pada resit yang diterima berbanding yang dipaparkan dalam buku menu kepada Azeem di Jalan Hang Tuah, di sini, tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Taktik sebuah premis makanan yang mengeluarkan resit berbeza dengan harga yang dipaparkan, akhirnya terbongkar setelah diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, di Jalan Hang Tuah di sini, tadi.

Operasi bersepadu yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Azeem Nazuri dan disertai Jabatan Kesihatan Melaka Tengah dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah melakukan pemeriksaan di sembilan buah premis makanan termasuk premis makanan yang beroperasi 24 jam itu.

Azeem berkata, berdasarkan hasil pemeriksaan dan aduan pelanggan, mendapati harga yang tercatat pada resit berbeza dengan harga yang terdapat pada buku menu dengan kenaikan lima sen bagi setiap menu makanan dan minuman.

"Contoh roti canai dipaparkan harga RM1.15 dan roti telur RM2.15, namun bila pelanggan membuat bayaran mereka dikenakan bayaran RM1.20 bagi roti canai kosong manakala RM2.20 bagi roti canai telur dan jelas menunjukkan perbezaan harga serta gagal caj pelanggan mengikut harga pada menu.

"Walaupun pekerja premis makanan terbabit memberi alasan pihak majikan mereka yang gagal menukar harga baharu sejak beberapa bulan lalu, namun tidak bermakna mereka boleh terlepas dari kesalahan tersebut dan dikenakan kompaun," katanya.

Tambahnya, kedai terbabit dikompaun sebanyak RM300 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan kertas siasatan dibuka dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 selain kesalagan kegagalan mempamerkan sebarang papan tanda harga.

Jelas Azeem, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap premis yang cuba mengelirukan pengguna Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sama ada di kedai berkenaan atau bekas makanan yang dibekalkan di kedai tersebut.

"Kita proaktif melakukan pemeriksaan dalam memastikan pengguna Islam tidak terpedaya dan tersilap dalam aspek melibatkan makanan yang halal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, sebanyak 784 premis telah diperiksa KPDNHEP bermula 1 hingga 13 Januari lalu dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah selian kementerian termasuk status halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.