54 individu sekitar Sungai Buloh ditahan ingkar PKP

SHAH ALAM - Seramai 54 individu ditahan dalam Operasi Bersepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 yang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Sungai Buloh malam tadi.
Menerusi kemas kini di laman rasmi Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memberi fokus di kawasan Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah dan Kampung Paya Jaras.
Menurutnya, seramai 40 lelaki dan 14 wanita ditahan dalam operasi berkenaan.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Pelong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sg Buloh," katanya.