Covid-19: Tiada tambahan zon merah, kekal 26 daerah

Zon merah Covid-19 kekal 26 daerah setakat 12 tengah hari semalam dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif Covid-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). - Twitter KKM
Zon merah Covid-19 kekal 26 daerah setakat 12 tengah hari semalam dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif Covid-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). - Twitter KKM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Zon merah Covid-19 kekal 26 daerah setakat 12 tengah hari semalam dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif Covid-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes.

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

No Image Caption

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15 kes.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan kedudukan kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik Covid-19 di dunia, iaitu negara menghuni tangga ke-34 semalam (11 April) dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.

Dalam pada itu, lima daerah kini didapati menghampiri zon merah dengan jumlah kes menghampiri 41.

Artikel Berkaitan:

Daerah berkenaan ialah Muar (40 kes), Seberang Perai Tengah dan Lahad Datu (38 kes) serta Kuala Muda dan Kota Kinabalu (35 kes).

Setakat semalam, sebanyak 1,696,323 kes COVID-19 dicatatkan di seluruh dunia dengan 102,672 jumlah kes kematian.- Bernama