X

Kindly register in order to view this article
!

Premis sempit paling berbahaya, Covid-19 mampu bertahan tiga jam

TUTUP... kedai gunting rambut di sekitar Apartment Putra Harmoni Presint 9 tutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Dua dilaksanakan. -Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Premis yang sempit seperti kedai gunting rambut boleh menjadi lokasi paling berbahaya dan berisiko penularan wabak koronavirus (Covid-19), kata Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar.

Menurut beliau, ini kerana virus itu boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga jam di tempat pengaliran udara yang terhad.

"Covid-19 ini mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga jam dan lebih membimbangkan keadaan premis yang kurang pengaliran udara dan terkongkong seperti kedai gunting rambut," katanya memetik laporan portal Berita Harian hari ini.

Laporan itu menyebut, tukang gunting dan pelanggan masih berisiko dijangkiti walaupun memakai peralatan perlindungan diri yang sempurna dan menanggalkannya walaupun seketika.

Dr Sazaly dipetik sebagai berkata, kebenaran premis gunting rambut beroperasi dibimbangi akan menjadi pusat penularan baharu dan kluster Covid-19 yang perlu ditangani Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau juga berpandangan, perkhidmatan gunting rambut bukan perkhidmatan yang penting ketika ini kerana ia memerlukan langkah yang teliti untuk mengelakkan penularan.

"Kedudukan muka antara tukang gunting dan pelanggan terlalu dekat dan jika kita lihat bagaimana seorang petugas kesihatan yang sedang memeriksa pesakit ketika ini, mereka memakai PPE yang lengkap.

"Pelanggan yang datang ke premis tidak diketahui status kesihatan mereka termasuk tukang gunting itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan masyarakat memanfaatkan PKP dengan belajar menggunting rambut sendiri dan kemungkinan kerajaan atau tukang gunting boleh mempromosi cara menggunting rambut dengan betul.

“Apa yang utama bagi mereka adalah menjaga diri sendiri, tidak keluar rumah dan meningkatkan imunisasi dan antibodi badan masing-masing," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!