Tukang gunting rambut maut dijangkiti Covid-19

Foto mendiang Thompson daripada portal Black America Web
Foto mendiang Thompson daripada portal Black America Web
A
A
A

MISSISSIPPI- Seorang tukang gunting rambut terkenal meninggal dunia akibat dijangkiti wabak Covid-19 selepas meneruskan perniagaannya meskipun wabak berkenaan sedang menular.

Mangsa bernama Eugene Thompson, 46, dilaporkan meninggal Sabtu lalu setelah dijangkiti wabak Covid-19.

Menurut portal Black America Web, Thompson telah memuat naik status di Facebooknya pada 17 Mac lalu memaklumkan kedai gunting rambutnya terpaksa ditutup kerana dia tidak sihat.

Dia juga sempat berpesan kepada orang ramai agar kuarantin diri daripada orang ramai, tempat atau apa-apa sahaja objek.

“Setelah bertarung nyawa, dia akhirnya meninggal dunia kurang seminggu daripada tarikh hari lahirnya,” tulis portal tersebut.

Menurutnya lagi, Thompson merupakan idola kepada anak muda di sana.

“Ramai orang termasuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tiada wang mendapat khidmat potong rambut secara percuma daripada mendiang,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: