Kerajaan perlu tangguh dahulu kebenaran: Noor Hisham

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika bercakap kepada pemberita.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika bercakap kepada pemberita.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) meminta kerajaan menangguhkan dahulu kebenaran untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi termasuk perkhidmatan gunting rambut sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu perlu bagi memastikan usaha untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) akan tercapai dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini.

"Memang kita setuju dengan perancangan tetapi dari segi pelaksanaan, (tetapi) penangguhan sekurang-kurangnya dua minggu.

"Setidak-tidaknya untuk kita lihat dalam tempoh seminggu sama ada kita dapat kawal Covid-19 dalam komuniti kita.

"Kalau kita lari marathon 10 meter terakhir inilah kejayaan atau tidak. Jadi kita kena bersabar dalam perjuangan kita," katanya pada sidang akhbar KKM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan memberi kebenaran untuk beberapa sektor ekonomi termasuk perkhidmatan gunting rambut dibuka semula seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, perkara itu juga telah dibincangkan dengan kerajaan.

"Kita ada berbincang perkara ini dari segi pelaksanaan, dari segi perancangan ya, kita ada menggalakkan supaya ada perancangan kerana jika tidak ada (perancangan) sejurus sahaja tamat PKP, semua perkara kembali kepada normal.

Artikel Berkaitan:

"Kita kena rancang dengan betul. Apa Yang penting, penjarakkan tiada perhimpunan, itulah konsep kita, sentiasa cuci tangan. Yang paling penting kejayaan kita adalah duduk di rumah," katanya.