Pekerja migran tunjuk perasaan di Gujarat India

Twitter yang dikongsi mengenai beratus-ratus pekerja migran tunjuk perasaan di Gujarat India
Twitter yang dikongsi mengenai beratus-ratus pekerja migran tunjuk perasaan di Gujarat India
A
A
A

NEW DELHI - Polis di negeri Gujarat, barat India menahan 70 orang selepas beratus-ratus pekerja asing mencetuskan rusuhan selepas terkandas di bandar pelabuhan Surat, akibat kawalan pergerakan susulan wabak koronavirus (Covid-19).

Rusuhan yang berlaku semalam menyaksikan pekerja bertindak menghalang jalan raya, membakar kayu dan melemparkan batu.

"Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan. Kira-kira 60 hingga 70 orang ditahan," kata seorang pegawai polis kepada pemberita.

Menurut polis permintaan utama penunjuk perasaan ialah mereka dihantar balik ke negara asal.

Berjuta-juta pekerja migran terjejas susulan perintah berkurung selama 21 hari di India bermula 25 Mac.

Ramai terkandas terutamanya di bandar-bandar besar tanpa kerja dan bergantung kepada sumbangan makanan daripada petugas sukarelawan.

India mencatatkan lebih 7,500 kes positif Covid-19, 380 daripadanya dilaporkan di Gujarat. - Bernama

Artikel Berkaitan: