Orang ramai, pemilik premis gunting rambut perlu beri kerjasama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai dan pemilik premis gunting rambut yang dibenar beroperasi semasa fasa tiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Public Health Malaysia menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya menyatakan bahawa langkah-langkah pencegahan dan kerjasama penuh daripada kedua-dua pihak itu perlu bagi mengelakkan pewujudan kluster baharu Covid-19.

"Faktor risiko perebakan Covid-19 di kedai gunting rambut agak tinggi kerana jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut, tempoh masa yang lama di dalam premis iaitu sekitar 15 minit, selain ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad,” menurut kenyataan itu semalam.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia menyarankan agar pemilik premis memastikan mereka tidak mempunyai gejala demam atau batuk selesema, melakukan disinfeksi harian premis, menyediakan ruang pengudaraan yang baik dan mengawal kemasukan pelanggan serta membersihkan rambut yang telah digunting. - Bernama

Artikel Berkaitan: