Pulau Pinang tidak setuju benar kedai gunting beroperasi

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGTOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Pusat yang membenarkan kedai gunting rambut beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang diadakan pagi hari ini.

"Berhubung sembilan sektor pengilangan dan perkhidmatan tambahan yang dibenarkan beroperasi secara berperingkat, kerajaan negeri mengambil maklum namun kita menunggu perincian lanjut daripada kementerian berkaitan berhubung garis panduan pelaksanaannya. Bagi kerajaan negeri, pendirian kita lebih tertumpu kepada keseimbangan antara kesihatan awam dan kehidupan rakyat di negeri ini.

"Bagi sektor perkhidmatan gunting rambut asas, kita memandang serius tentang maklum balas yang diterima dan faktor lain antaranya penjarakkan sosial serta wujudnya kluster baharu. Oleh itu, Mesyuarat memutuskan kerajaan negeri berhak untuk tidak mengikut keputusan Pusat (berhubung kebenaran itu)," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Kon Yew sehubungan itu berkata, pihaknya berharap kerajaan Pusat mengkaji semula perkara tersebut demi keselamatan semua pihak.

Beliau bagaimanapun berkata, Mesyuarat JKKN Pulau Pinang semalam bersetuju untuk menambah tempoh operasi bagi perkhidmatan penjualan kedai input pertanian membabitkan baja dan racun, perkakas, makanan haiwan dan ubat-ubatan.

Artikel Berkaitan: