Covid-19: Parlimen Batu hampiri zon merah

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parlimen Batu menghampiri klasifikasi zon merah dengan sebanyak 37 kes positif koronavirus (Covid-19) dicatatkan setakat hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kawalan kes Covid-19 menumpukan enam Parlimen yang telah memasuki zon merah melibatkan Bandar Tun Razak (42 kes), Titiwangsa (46 kes), Putrajaya (49 kes), Bukit bintang (63 kes), Segambut (65 kes) dan Seputeh (328 kes)

"Parlimen Batu jumlah 37 kes menghampiri angka 40 kes yang ditakrifkan sebagai zon merah.

"Kita harap angka ini menurun atau berkurangan sekiranya kes yang positif ini dapat disembuhkan melalui kaedah kawalan dilakukan," katanya pada Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

Mengulas perkembangan kes dalam kawasan PKPD beliau berkata, Menara City One mencatatkan 30 kes manakala bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion dengan 48 kes.

"Ada lonjakan kes baharu bagi Selangor Mansion menjadi 43 kes dan Malayan Mansion dengan lima kes.

"PKPD Selangor Mansion melibatkan 857 orang penghuni terdiri daripada 319 warga Bangladesh, 275 dari India dan Indonesia serta Nepal masing-masing seramai 40 dan 41 orang serta lain-lain yang tiada dokumen perjalanan diri.

"Sementara bagi Malayan Mansion melibatkan keseluruhan 783 orang terdiri daripada 382 warga India, 173 Bangladesh dan 108 warga tempatan manakala selebihnya dari lain-lain negara," katanya.

Artikel Berkaitan: