Yayasan Sultan Ibrahim sumbang 42 ventilator

Sultan Ibrahim menunjukkan satu daripada 42 ventilator yang disumbangkan bagi kegunaan hospital-hospital di Johor, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. -Foto Royal Press Office
Sultan Ibrahim menunjukkan satu daripada 42 ventilator yang disumbangkan bagi kegunaan hospital-hospital di Johor, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. -Foto Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator bagi kegunaan hospital-hospital di negeri ini.

Sultan Ibrahim menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dauk Azmi Rohani.

Baginda bertitah, sumbangan berkenaan disampaikannya menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

"Bantuan ventilator yang kita sampaikan ini juga merupakan sumbangan daripada dermawan dan juga rakan-rakan saya lain.

"Saya amat memahami pada situasi masa kini, hospital-hospital amat memerlukan peralatan ini khususnya bagi kegunaan pesakit.

"Ini merupakan kerjasama di antara saya, rakan-rakan, dermawan dan juga kerajaan negeri bagi bersama-sama mengurangkan beban kerajaan," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri: Hasni, Sultan Ibrahim, Azmi dan Aman merakam kenangan selepas menerima 42 unit ventilator yang disumbangkan bagi kegunaan hospital-hospital di Johor, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto Royal Press Office

Sultan Ibrahim bertitah, ventilator berkenan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.

"Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan ini lebih-lebih lagi ketika musim penularan wabak Covid-19.

"Kita berusaha keras untuk mendapatkannya.

"Jika ada lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital-hospital," titah lagi.