Warga emas maut rempuh tiang TNB

Mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Gambar kecil, Pua Nge.
A
A

JASIN - Hasrat seorang warga emas untuk pulang ke rumah tidak kesampaian setelah maut dalam kemalangan di Jalan Serkam Pantai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 9.40 malam, mangsa, Pua Nge, 69, yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Panglima Park Serkam, dari jeti tepi laut melalui Jalan Serkam Pantai.

Motosikal yang dinaiki mangsa.
Motosikal yang dinaiki mangsa.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintedan Arshad Abu berkata, bagaimanapun setiba di tempat kejadian motosikal mangsa hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang lampu Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan Masjid Serkam Pantai sebelum terbabas di tepi jalan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya.