Scholes kesal tinggalkan England

Scholes antara perancang terbaik yang pernah dimiliki England sebelum ini.
Scholes antara perancang terbaik yang pernah dimiliki England sebelum ini.
A
A
A

BEKAS perancang England, Paul Scholes mengakui menyesal kerana bersara terlalu awal di pentas antarabangsa dan turut kecewa tidak beraksi pada final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Scholes yang juga bekas bintang Manchester United bersara daripada skuad The Three Lions pada 2004 ketika berusia 29 tahun selepas England disingkirkan Portugal pada aksi suku akhir Euro.

"Saya baru berkeluarga ketika itu dan terpaksa keluar daripada England untuk temph 10 hari atau lebih dan ia tidak menggembirakan saya. Malah, saya juga bersara bukan kerana pengendali ketika itu, Sven-Goran Eriksson meletakkan saya di posisi sebelah kiri.

"Prestasi saya dalam 20 hingga 30 perlawanan terakhir tidak begitu bagus, sebaliknya Steven Gerrard dan Frank Lampard berjaya mengemudi bahagian tengah dengan baik pada ketika itu.

"Saya menyesal meninggalkan skuad England terlalu cepat. Saya sepatutnya boleh beraksi lebih lama dengan skuad kebangsaan dan menyumbangkan kemampuan saya," katanya.

Pada masa sama, Scholes berkata, dia membuat kesilapan kedua kerana tidak menyahut panggilan skuad kebangsaan ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2010.

"Saya berpeluang untuk kembali bermain. Ia berlaku sebelum Piala Dunia itu dan saya bermain baik bersama kelab, cuma saya menghadapi beberapa kecederaan. Jurulatih ketika itu, Fabio Capello mahu saya kembali bermain.

"Saya ada beberapa hari untuk memikirkannya tetapi saya membuat keputusan yang silap apabila menolak tawaran tersebut dan saya menyesal sehingga hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Scholes mula beraksi bersama England pada 1997 dan membuat penampilan sebanyak 66 kali sebelum membuat keputusan untuk bersara.