Brazil catat korban lebih 1,000 orang

Seorang peniaga Brazil memakai beg plastik bagi menggantikan topeng muka. - Foto AFP
Seorang peniaga Brazil memakai beg plastik bagi menggantikan topeng muka. - Foto AFP
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Angka korban koronavirus (Covid-19) di Brazil mencecah 1,056 orang dan jumlah kes 19,638 dengan peratusan kematian sebanyak 5.4 peratus, umum kerajaan Brazil semalam.

Kementerian Kesihatan berkata, dalam tempoh 24 jam lalu, terdapat peningkatan kes kematian sebanyak 12 peratus dan 10 peratus kes positif, lapor agensi berita Xinhua.

Negeri terkaya dan paling ramai penduduk iaitu Sao Paulo mencatatkan jumlah kematian paling ramai 540 orang dan 8,216 kes, diikuti Rio de Janeiro 147 kematian dengan 2,464 kes manakala Ceara melaporkan 58 kematian dan 1,478 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: