Hormati gencatan senjata diumum Arab Saudi

Negara yang dilanda peperangan, Yaman mengumumkan kes jangkitan pertama koronavirus (Covid-19), baru-baru ini.
Negara yang dilanda peperangan, Yaman mengumumkan kes jangkitan pertama koronavirus (Covid-19), baru-baru ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia menggesa semua pihak di Yaman menghormati keputusan gencatan senjata selama dua minggu sebagaimana diumumkan Arab Saudi sebelum ini.

Sehubungan itu, Malaysia mengulangi sokongan penuh kepada kerajaan Arab Saudi dalam usaha mencari penyelesaian terhadap konflik di Yaman.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, penyelesaian konflik diharapkan mampu tercapai menerusi dialog dan diplomasi.

Menurutnya, keputusan Arab Saudi turut menunjukkan kesediaan gabungan bagi menyokong seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ini juga langkah positif ke arah gencatan senjata kekal.

“Malaysia turut menggesa semua pihak untuk mengambil kesempatan pelaksanaan gencatan senjata berkenaan supaya objektif yang dimahukan dapat dicapai.

"Malaysia turut mengalu-alukan pengumuman terbaharu bagi memulihkan keadaan di Yaman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Gencatan senjata dua minggu di Yaman

Sebelum ini, Arab Saudi yang memerangi pemberontak Syiah Houthi di Yaman dilaporkan mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu bermula Khamis lalu dalam usaha mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Gencatan senjata itu dipercayai dibuat susulan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merayu pertempuran dihentikan bagi melindungi orang awam daripada pandemik di negara termiskin dunia Arab itu.

Artikel Berkaitan: