Melaka Tengah kini zon merah Covid-19

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah hari, 10 April.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah hari, 10 April.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah lagi daerah iaitu Melaka Tengah di Melaka dikategorikan sebagai zon merah koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 26 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi kementerian itu hari ini, daerah berkenaan merekodkan 44 kes positif Covid-19.

Sementara itu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 dengan 427 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 368 dan 328 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 209 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,148 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 13 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi zon merah seluruh Malaysia:

Perak

Hilir Perak - 66 kes

Artikel Berkaitan:

Kinta - 97 kes

Selangor

Sepang - 59 kes

Petaling- 328 kes

Hulu Langat- 368 kes

Gombak - 123 kes

Klang - 159 kes

Hulu Selangor - 44 kes

Kuala Lumpur

Cheras - 64 kes

Kepong - 114 kes

Lembah Pantai - 427 kes

Titiwangsa - 106 kes

Putrajaya - 49 kes

Negeri Sembilan

Seremban - 197 kes

Rembau - 52 kes

Melaka

Jasin - 61 kes

Melaka Tengah - 44 kes

Pahang

Kuantan - 53 kes

Jerantut - 63 kes

Johor

Batu Pahat - 50 kes

Kluang - 176 kes

Johor Bharu - 171 kes

Kelantan

Kota Bharu - 86 kes

Sarawak

Kuching - 209 kes

Kota Samarahan - 46 kes

Sabah

Tawau - 67 kes

JUMLAH: 3,279 kes

- Bernama