‘Perlu terima new normal sama ada suka atau tidak’

Kawalan keselamatan antara perkhidmatan yang tersenarai sebagai perkhidmatan penting dan dibenarkan bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki Fasa Ketiga sehingga 28 April. - Foto Bernama
Kawalan keselamatan antara perkhidmatan yang tersenarai sebagai perkhidmatan penting dan dibenarkan bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki Fasa Ketiga sehingga 28 April. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kehidupan masyarakat untuk bulan atau tahun mendatang tidak akan kembali seperti biasa apabila akan wujud banyak lagi kebiasaan baharu atau new normal dalam kehidupan dan mereka harus menerima hakikat itu sama ada suka atau tidak.

Perkara itu diakui Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa’ad yang menyarankan agar new normal dijadikan sebagai budaya yang perlu dipatuhi bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.

“Pelbagai langkah diambil kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 antara yang utama rakyat diajar untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan kebersihan setempat sepanjang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasilnya, masyarakat menjadi lebih peka akan kepentingan menjaga kebersihan diri dan kebersihan setempat.

“Apa yang dicadangkan adalah satu budaya baharu, mungkin dalam masyarakat kita. Namun ia perlu diterima dan untuk terus hidup kita perlu mengikuti peraturan. Memang kita akan rasa terganggu tetapi kita berdepan dengan isu keselamatan dan kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pihak perlu positif bagi mewujudkan tenaga yang positif.

“Banyak perkara positif dicapai selepas hampir sebulan PKP dilaksanakan namun keadaan berbeza kepada petugas barisan hadapan kerana mereka sering meninggalkan keluarga dan ia kini menjadi new normal pula bagi mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: