Netizen sudah jangka PKP dilanjutkan

Antara komen netizen.
Antara komen netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April seperti mana pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Melalui perkongsian di ruang komen Facebook Sinar Harian, kebanyakan netizen bersetuju dan dapat menjangkakan PKP dilanjutkan bagi mengekang wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ini.

Netizen yang memberi pendapat adalah Samsudin Sudin.

"Memang dah dijangkakan tempoh PKP akan dilanjutkan. Ini memandangkan masih ada kes-kes baharu setiap hari.

"Langkah yang diambil oleh kerajaan telah diterima rakyat walaupun pahit. Duduk rumah demi perjuangan menentang Covid-19. Insya-ALLAH kita semua akan diberikan kemenangan yang hakiki," katanya.

Bagi pendapat seorang ibu, Fauziah Hanim Daud bersetuju dengan langkah-langkah kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

"Budak-budak sekolah bukan ambil kisah sangat tentang penjarakkan sosial semua tu. Pergi tandas pun nak berdua, berteman dengan kawan." katanya.

Menurut Cahya Cinta pula menzahirkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana membuat keputusan tepat.

Artikel Berkaitan:

"Demi menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia telah mengambil langkah yang terbaik, saya terharu.

"Malaysia pasti menang, kita sama-sama putuskan rantaian Covid-19 sampai menang. Rakyat Malaysia mampu. Semoga ALLAH sentiasa melindungi semua menteri yang bertungkus lumus, siang malam untuk memastikan negara dalam keadaan terkawal terutama petugas barisan hadapan KKM yang berisiko berdepan dengan jangkitan.

"Saya tidak mampu membantu, hanya doa untuk anda semua, semoga kita semua dan negara kita dilindungi dan segera Covid-19 dihapuskan," katanya.

Namun ada juga yang mengeluh kerana kehabisan keperluan barang asas.

Luah Khairul Assegaff, "Saya tak gembira kerana simpanan sudah nak habis dan bantuan memang sah-sah tak cukup. Tapi saya gembira kerajaan pilih ketua pemimpin terbaik demi kebaikan rakyat."

Dalam pada itu, netizen Rahiwan Nazar sempat bergurau dengan berkata, "PM pun tak gunting rambut sebab Covid-19, nampak panjang."

Gurauan itu menarik perhatian Muazzam Kamaruddin dengan berharap kedai gunting rambut dibuka ketika lanjutan PKP.