Senarai sektor tambahan dibenar beroperasi dalam PKP

Seorang pengawal keselamatan dilihat memakai perisai muka ketika menjalankan tugas berkawal di hadapan sebuah bangunan ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama
Seorang pengawal keselamatan dilihat memakai perisai muka ketika menjalankan tugas berkawal di hadapan sebuah bangunan ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jemaah menteri dalam mesyuarat pada 8 April membenarkan pembukaan semula sektor tambahan untuk beroperasi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat di dalam sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan kepada MITI bermula Isnin 13 April.

Menurutnya, pihak syarikat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk oleh pihak KKM.

"Syarikat-syarikat di dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi.

"Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my. Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa sektor dibenar beroperasi secara berperingkat: PM

Senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan:

1. Industri Aeroangkasa

Artikel Berkaitan:

2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan.

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.

  • (i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
  • (ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
  • (iii) Kerja-kerja terowong
  • (iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
  • (v) Kerja-kerja cerun
  • (vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
  • (vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
  • (viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
  • (ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
  • (x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) hanya terhad kepada:

  • - perkhidmatan berkaitan guaman;
  • - aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
  • - makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
  • - perkhidmatan berkaitan minyak & gas.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)