MPC sedia platform perniagaan SME

Program MPC untuk SME
Program MPC untuk SME
A
A
A

GEORGETOWN - Peniaga dan peruncit berpeluang untuk menjalankan perniagaan secara pemadanan perniagaan di antara pembekal perkhidmatan digital dan usahawan melalui Program Transformasi Digital Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).

Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara, Dr Mazrina Mohd Ibramsah berkata, pihaknya dengan kerjasama Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) telah menganjurkan program tersebut yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform webinar.

Menurutnya, program empat hari bermula 10 hingga 13 April itu turut mendapat kerjasama dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wilayah Utara meliputi negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

“Dengan kerjasama dan kolaborasi melibatkan pelbagai pihak, program ini berjaya memberi manfaat dan idea baharu kepada lebih 2,000 peserta dalam membantu peniaga dan peruncit meningkatkan produktiviti perniagaan melalui pendekatan baharu iaitu penggunaan teknologi digital.

"Program tersebut turut memberikan platform kepada peniaga dan peruncit untuk membuat pemadanan perniagaan di antara pembekal perkhidmatan digital dan usahawan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, melalui program tersebut, beberapa topik menarik telah dibentangkan antaranya mengenai pemasaran digital, penghantaran melalui platform digital iaitu Marketplace, e-Dompet dan e-Bayaran.

"Perkongsian maklumat itu disampaikan oleh beberapa pembekal perkhidmatan pemasaran digital terkenal antaranya Shopee Malaysia, Avana, Boost, PayNet, JD MAS, MyCar, VTPonline.my dan GoShareLah. Kita menerima banyak maklum balas positif daripada peserta.

"Bagi mereka, ia merupakan platform terbaik untuk memberi kesedaran kepada peniaga dan peruncit dalam pemasaran digital supaya memasarkan produk ke peringkat yang lebih luas. Selain itu, pihak kerajaan negeri juga berterima kasih kepada kita dan RFBPN kerana melaksanakan inisiatif ini dalam meningkatkan produktiviti negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan: