1,850 bungkus makanan untuk penduduk Selangor, Malayan Mansion

Bungkusan makanan kepada penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang menjalani PKPD sejak Selasa lalu.
Bungkusan makanan kepada penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang menjalani PKPD sejak Selasa lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 1,850 bungkusan makanan diedarkan dalam satu-satu masa kepada penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak Selasa lalu.

"Bekalan makanan untuk Selangor Mansion dan Malayan Mansion mula diedar... 1,850 pack tiap kali," kongsinya di Twitter hari ini.

Semalam, Annuar memaklumkan kerajaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan membekalkan makanan kepada penghuni di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang memerlukan walaupun mereka bukan warganegara.

Langkah itu sebagai menjaga kebajikan dan mengelakkan mereka berdepan isu ketiadaan makanan sepanjang tempoh PKPD.

Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan dua bangunan tersebut membabitkan 5,000 hingga 6,000 penghuni terlibat dengan PKPD.

Sebanyak empat kawasan dikuat kuasa PKPD melibatkan Simpang Renggam Kluang, Sungai Lui Hulu Langat, Menara Plaza City One Jalan Munshi Abdullah dan bangunan Selangor Mansion serta Malayan Mansion di Masjid India.

Artikel Berkaitan: