X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 tidak kenal dari 'kayangan' atau bumi, bidas menteri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menyelar sikap segelintir golongan elit atau dikatakan ‘kluster kayangan’ yang bersikap angkuh dengan petugas kesihatan ketika menjalani proses kuarantin wajib ketika ini.

Menurutnya, sebagai golongan yang berkedudukan tinggi mereka seharusnya menunjukkan sikap yang lebih bertamadun daripada orang lain.

“Saya harap ini kesedaran sendirilah (golongan elit yang baharu pulang dari luar negara) kerana Covid-19 tidak kenal dari kayangan atau daripada bumi, mereka (wabak) tidak kenal siapa.

“Tiada sesiapa yang boleh dibezakan oleh Covid-19 ini, walaupun kaya raya pun tidak akan terkecuali daripada dijangkiti wabak,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecewaan petugas kesihatan khususnya doktor dan jururawat ketika merawat rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara atau digelar ‘kluster kayangan’ yang dikatakan bersikap kurang ajar.

Ini kerana, ramai dalam kalangan petugas barisan hadapan di hospital meluahkan kekesalan mereka di laman sosial terhadap golongan tersebut sehingga ada yang menggelarkan mereka 'anjing' kerana tidak berpuas hati terpaksa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, individu yang tidak memberikan kerjasama kepada pasukan barisan hadapan ketika berada di pusat kuarantin atau hospital juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Dari segi undang-undang saya percaya mungkin ada yang menghalang petugas penjawat awam menjalankan tugas masing-masing dan tindakan boleh diambil,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf