PBB kutuk serangan di Nairobi

Letupan di sebuah hotel di Nairobi
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengutuk serangan pengganas di Nairobi yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang.

Jurucakap pejabat media Guterres, Stephane Dujarric, berkata ketua PBB itu mengikuti rapat perkembangan di Kenya dan mengucap takziah kepada keluarga mangsa serta berharap mereka yang cedera segera sembuh.

Dalam kejadian awal pagi semalam, kumpulan al-Shabaab menyerang sebuah hotel dan kompleks pejabat di Nairobi.

Penyerang bersenjatakan raifal dan bom tangan.

Serangan turut menyebabkan beberapa orang cedera. - Agensi