Ingkar PKP: 48 individu di Johor dikompaun RM1,000

AYOB KHAN
AYOB KHAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 48 individu di negeri ini dikompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 8 April hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi kes pendakwaan di mahkamah pula seramai 754 individu sudah dijatuhkan hukuman atas kesalahan ingkar PKP.

"Secara keseluruhan seramai 1,154 individu ditahan di seluruh negeri kerana ingkar arahan sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac hingga semalam.

"Semalam sahaja kita menahan 47 individu kerana ingkar PKP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata, Polis Johor akan mengambil tindakan lebih tegas bagi fasa kedua terhadap mana-mana individu yang ingkar.

"Semua pihak akan memberikan kerjasama untuk sentiasa berada di rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk pertanyaan katanya, orang ramai boleh hubungi talian 07-221 2999 atau balai polis berhampiran.