Peluang Liverpool sambar Gotze

No Image Caption
A
A
A

PEMAIN tengah Borussia Dortmund, Mario Gotze bersedia untuk berpindah ke kelab lain pada jendela perpindahan pemain akan datang.

Perkara tersebut diumumkan sendiri Gotze yang turut bersedia meneliti tawaran yang dikemukakan kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Hari ini saya ingin membuat pengumuman selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk mencari pengalaman baharu dalam karier saya.

"Ia keputusan penting dalam karier dan saya melihat kehadapan untuk bekerjasama dengan Reza Fazali dan agensi bola sepaknya yang menjadi ejen saya," katanya.

Gotze yang menjadi wira Jerman menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menjadi buruan beberapa kelab besar Eropah termasuk Liverpool dan AC Milan.

Namun, Liverpool dikatakan mempunyai peluang besar mendapatkan khidmat Gotze selepas pemain itu memberitahu sering berhubung dengan pengendali The Reds, Jurgen Klopp yang juga bekas jurulatihnya di Dortmund itu.

Dia yang menjaringkan 57 gol dalam 229 aksi Bundesliga buat Dortmund dan Bayern Munich turut pernah mengakui bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Artikel Berkaitan: