Banjir: Dua sekolah di Beluran ditutup

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN – Dua buah sekolah di Beluran, kira-kira 120km dari sini, ditutup hari ini akibat banjir berikutan hujan lebat semalam.

Menurut Pengarah Pendidikan Sabah Mistirine Radin, dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Basai dan SK Sualok.

"Sekolah berkenaan tidak beroperasi hari ini disebabkan laluan dan kawasan sekolah dinaiki air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mistirine berkata jumlah murid dan guru yang terjejas di SK Basai adalah 120 murid dan 12 guru, manakala SK Sualok mempunyai 197 murid dan 14 guru. - Bernama

Artikel Berkaitan: