Muhyiddin dijangka umum PKP lanjut atau tidak petang ini

Muhyiddin dijangka umum PKP lanjut atau tidak petang ini
Muhyiddin dijangka umum PKP lanjut atau tidak petang ini
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir Selasa ini akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pengumuman itu akan dibuat menerusi perutusan khas jam 4 petang ini.

Pengumuman itu akan dipancarkan secara langsung menerusi televisyen utama tempatan.

Terdahulu, pagi ini Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendengar taklimat berhubung situasi semasa pandemik itu di negara ini.

PKP dilaksanakan di seluruh negara menerusi dua fasa iaitu 18 hingga 31 Mac dan 1 hingga 14 April.

CPRC Kebangsaan merekodkan 25 kawasan zon merah yang mencatatkan lebih 40 kes positif di seluruh negara.
CPRC Kebangsaan merekodkan 25 kawasan zon merah yang mencatatkan lebih 40 kes positif di seluruh negara.

Setakat ini empat lokasi diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kampung Dato' Ibrahim Majid, Bandar Baharu Dato'Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor, Sungai Lui, Hulu Langat Selangor, Menara City One dan Selangor Mansion serta Malayan Mansion di Kuala Lumpur.

PKPD dikenakan ke atas penduduk kawasan tersebut berikutan peningkatan kes positif Covid-19 yang mendadak.

Artikel Berkaitan:

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan turut merekodkan 25 kawasan zon merah yang mencatatkan lebih 40 kes positif di seluruh negara.

Keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diisytiharkan zon merah yang menyaksikan Lembah Pantai masih kekal sebagai kes positif Covid-19 dengan 424 kes.

Di Selangor pula, terdapat peningkatan zon merah apabila Hulu Langat turut diisytiharkan sebagai zon merah.

Ia sekali gus menjadikan enam daripada sembilan daerah negeri itu diletakkan di bawah kategori tersebut.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, 4,228 kes positif direkodkan sejak Januari lalu.

No Image Caption